Saturday, November 27, 2010

PUNCA-PUNCA RAKYAT MALAYSIA TERPERANGKAP DENGAN HUTANG



Assalamualaikum pembuka bicara...





Perubahan dalam posting kali ni,Bahasa Melayu.





OK.Gambar di atas menunjukkan punca-punca yang dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada kesempitan perbelanjaan untuk rakyat Malaysia.Sumber dipetik dari majalah 'Personal Money' edisi September 2010.





Berdasarkan laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK);sebuah agensi di bawah BNM yang memberikan bantuan dan nasihat bagi mengurangkan kes hutang tidak berbayar; dua(2) punca utama kesukaran membayar hutang adalah:






1) Belanja perubatan yang tinggi !!
2) Perancangan kewangan yang tidak bijak !!





Kedua-dua masalah utama ini boleh diatasi dengan 'utilization of investment vehicle' (penggunaan kenderaan pelaburan?weird..),iaitu takaful insurans & unit amanah.





Takaful Insurans
Bagaimana?Takaful insurans memberi pampasan jika pencarum/peserta ditimpa musibah hingga menyebabkan keadaan cacat kekal kepada tubuh badan atau menyebabkan kematian.
Kalau tidak mahu perlindungan takaful?Fikirkan apa harta yang kita tinggalkan kepada waris kita untuk melangsaikan kos perubatan jika mengalami cacat kekal & masih hidup ATAU hutang-hutang kita jika meninggal dunia.





Takaful insurans memberikan fast cash with high liquidity, dimana waris pencarum akan dapat segera(dalam 7-30 hari bkerja).Adakah simpanan/pelaburan kita mampu memberikan RM 100000 jika kita telah menyimpan/melabur sebanyak serendah RM100 selama sebulan?MUSTAHIL.Tetapi takaful insurans boleh.Pampasan inilah yang kita harapkan untuk menampung kesulitan yang bakal dihadapi waris disebabkan ketiadaan/ketidakupayaan kita.
Jangan biarkan waris menderita disebabkan kita.Fikir-fikirkan.





Unit Amanah
Selepas takaful insurans,barulah fungsi unit amanah diperlukan.Fungsi unit amanah?Pelajaran anak-anak,membeli rumah,persediaan selepas pencen dsb.Unit amanah merupakan penambahan kepada perancangan kewangan seseorang selepas takaful insurans.Jangan terkejar-kejar kemewahan (unit amanah)dengan mengabaikan perkara asas dalam perancangan kewangan yang boleh menyebabkan kesulitan kewangan kelak (insurans takaful).





KESIMPULAN
Pandangan diatas adalah pandangan peribadi yang lahir dari pemerhatian/pembacaan/penelitian saya seorang rakyat marhain.Tetapi wajarlah dipertimbangkan.Jangan lah nanti kita menjadi hamba kepada sistem yang direka manusia sendiri.





"Renung-renungkan dan selamat beramal"