Sunday, November 13, 2011

FARAID

Assalamualaikum WBT,


Saya menghadiri kuliah mengenai faraid.Dan berminat berkongsi kerana merasakan kepentingan nya dalam menjaga harta nasab keturunan selepas kematian kita.

Antara maksud Faraid dari segi bahasa ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.

Dari istilah syarak, ialah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau ada meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Harta peninggalannya akan dibahagi-bahagikan kepada ahli waris (seperti suami, isteri, anak-anak , ibu, bapa,dll), menurut hukum Islam.

Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak 4 perkara:
1)Pembiayaan pengurusan jenazah;
2)Hutang arwah (zakat, nazar, dll) ;
3)Wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta);
4)Haji, jika semasa hidup si mati belum menunaikan haji.

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

1) Tanah
2) Bangunan (rumah).
3) Barang kemas (emas, perak dll).
4) Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5) Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

Rujukan pengiraan yang agak komprehensif, 
http://www.arb.com.my/arbwos/References/faraidh/sistem_pembahagian_pusaka_didalam_islam.asp